Pemuda pemudi Impian Islam

Yang tidak cair dengan mainan jejaka.
Hatinya bukan untuk siapa-siapa.
Setia pada Allah dan Rasul.
Mereka tahu..
Sang huurun ain dan sang wildan setia menunggu mereka.

Bangun malamnya sentiasa dijaga.
Pandangan matanya jatuh tunduk. Malu pada pencipta.
Kata-katanya bukan saja-saja.
Berisi dengan perancangan dan tindakan.

Pemuda-pemuda harapan ku.
Aku harap engkaulah yang akan berjaga malam.
Asyik berfikir risau pada masalah ummah.
Aku harap bukan matamu yang menangis.. Bukan hatimu yang lembik, saat menaruh cinta pada yang bukan halal.
Aku harap bukan engkau juga yang asyik sibuk dengan masalah-masalah remeh yang hanya perlu dijentik keluar dari hidupmu.
Aku harap engkau lah pemuda-pemuda perubahan yang bakal menggegar ummah dari lena mereka yang panjang.

Aku tak minta lebih.
Biar hanya ada sepuluh pemuda..
Akanku terima.
Biarkan mereka menggegar dunia dengan cara mereka sendiri.
Kerana aku tahu... Kuasa sebenar ada pada keimanan.
Aku percaya pada mereka.

Tolong carikan aku sepuluh pemuda.
Aku ingin terus bekerja.
Biarpun aku dan mereka hanya akan menjadi tangga pijakan ummah akan datang untuk naik ke puncak.

Carikan aku sepuluh pemuda yang ingin membina semula ummat ini.
Dan andai lebih dari sepuluh, maka tiada kesyukuran melainkan pada Allah yang memegang hati-hati mereka.

Aku sudah tidak punya masa yang banyak.
Tolong, carikan mereka!

?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?�?

Ulasan: sepuluh orang pemuda adalah simbol kepada 'kualiti assyabab.'
Ramai umat Islam di dunia, tapi bukan Islam atas dasar addeen. Kebanyakkannya hanya Islam atas dasar nama.
Pemuda2 berkualiti ini, walaupun mereka sedikit, tapi dengan elemen keimanan , mereka mampu menggegar dunia.


Ostajah Naruto

Comments

Popular Posts