AKU BUKAN MAHASISWA PENDRIVE



(Forum Deen`s List, Speaker: Ustaz Pahrol)

?Perbetulkan mindset!

Tugas belajar bukan tugas yang kita cari, tetapi tugas yg ditaklifkan oleh Allah ke atas kita.

Tugasan belajar adalah tugasan ibadah, tugasan jihad dan tugasan keagamaan!

Dalam belajar hanya ada 2 I.. Apa itu 2 I?

Pertama:�Ikhlas (ia adalah tujuan).Ikhlas kerana Allah ,Menuntut ilmu untuk menjadi hambaNya.

Kedua:�Ittiba ' dengan sunnah rasulullah (ia adalah jalan)

Belajarlah untuk memenuhi tujuan hidup, bukan untuk memenuhi keperluan hidup!

Berbalik kepada belajar adalah ibadah tadi. Apabila belajar itu dianggap ibadah, ia akan memberi kesan iaitu lebih Taqarrub kepada Allah.

Tetapi,mengapa ya, ramai yang belajar,semakin tinggi semakin bongkak dan tinggi diri?

Bermakna, dia belum sampai ke tahap, menganggap belajar itu ibadah!

?Ketaqwaan pada Allah

Orang yang berilmu, semakin tinggi ilmunya semakin tinggi ketaqwaanya kepada Allah.

Allah pernah menyebut dalam firmannya, ?sesungguhnya orang yang takut pada Allah adalah orang alim (ulamak)..?

Ilmu itu adalah ketibaan makna pada jiwa, bukan pada akal semata-mata

?Pesanan buat penuntut ilmu

Ilmu itu sifatnya cahaya..cahaya Allah itu sifatnya menolak untuk berada dalam hati yang dipenuhi maksiat!

?Stress dalam menuntut ilmu

Menuntut ilmu, sepatutnya tiada tekanan..kerana matlamat kita adalah Allah.

Stress adalah fitrah. Allah kurniakan stress untuk kita lebih maju kehadapan. Stress ibarat geseran dalam hukum fizik, dengan geseran, kita akan dapat berdiri tegak. jika tiada geseran, kita tidak mampu berdiri, badan kita akan meluncur.

?Bagaimana menangani stress?

Ingat! utk tenang mesti ingat Allah.

Belajar dengan niat kerana Allah, menjadi hamba dan khalifahnya!

Apabila belajar kerana Allah, kekuatan akan hadir secara luar biasa!

Kekuatan dan ketabahan akan hadir kerana harapanmu dalam belajar adalah agar Allah bantu.

??Kerana Aku Bukan Mahasiswa Pendrive!

Elakkan menjadi mahasiwa pendrive�hanya�tumpahkan ilmu ke kertas jawapan peperiksaan..seperti fungsi pendrive yang paste folder ke laptop.

Mahasiswa pendrive akan lebih cenderung untuk copy ilmu semata-mata, tetapi tiada ruh yang mengiringi ilmu tersebut.

?Study smart vs study hard

Allah tidak menilai Effect, tetapi Allah menilai Effort!

Allah tidak menilai kamu dean`s list atau tidak, tetapi yang Allah lihat adalah usaha kamu.

Allah tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Allah cipta kebijaksanaan yang berbeza.

Hidup adalah untuk complete each other,� bukan to compete with others.

Comments

Popular Posts