Skizofrenia bukan masalah disampuk jin
Dianggarkan
satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap skizofrenia, satu daripada
penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus
penduduk menghidap skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak antara lelaki
dan wanita.
Penyakit ini mempunyai gejala positif (halusinasi dan delusi),
gejala negatif (kemurungan, pengasingan diri dan emosi yang tidak terkawal) dan
pemikiran yang tidak teratur.
Antara faktor yang dikatakan meningkatkan risiko seseorang untuk
menghidap skizofrenia adalah pengaruh genetik, trauma (kecederaan) pada otak
sewaktu atau ketika dilahirkan selainnya dari kesan pengasingan sosial ataupun
tekanan.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya,
Prof.
Dr. Mohamad Hussain Habil
Ini kerana keluarga tidak tahu perubahan tingkah laku yang
dialami oleh pesakit adalah di sebabkan skizofrenia, malah yang biasa dilakukannya
menghantar pesakit ini berubat dengan cara keagamaan kerana dipercayai telah
disampuk jin, syaitan dan pelbagai makhluk halus.
‘‘Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat
mendapat rawatan, cuma datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif.
Mereka agresif hanya pada keluarga dan tidak kepada orang lain.
‘‘Justeru itu bagi mencegah skizofrenia, pesakit perlu mendapat
rawatan awal sebaik sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya
kerosakan pada otak dapat dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah,’’ katanya
ketika menyampaikan ceramah mengenai All about Schizophrenia: The Facts and
Myths and Bridging Psychosis with Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Dr. Mohamad Hussain, secara tipikalnya skizofrenia
terbentuk pada remaja atau awal usia 20-an sekali pun gejala yang ditunjukkan
tidak jelas sehingga usia agak lewat.
Kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25
tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36
tahun.
‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian.
‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian.
‘‘Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah.
Adakalanya penyakit ini tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau
perbuatan menghidu gam yang dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu,’’
katanya.
Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan
kerja kerana penyakit ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada
skizofrenia kerana kurang faham mengenai keadaan mereka.
‘‘Gangguan ini memberi kesan besar pada aktiviti sosial mereka
kerana kemampuan berinteraksi adalah rendah, keadaan kesihatan mental dan
fizikal mereka lemah, tidak makan dengan baik, merokok dan mengambil minuman keras
secara berlebihan dan gangguan terhadap kehidupan keluarga tidak dapat
dielakkan kerana secara puratanya penjaga perlu menghabiskan 15 jam seminggu
untuk menjaga ahli keluarga yang menghidap skizofrenia.
*kira-kira
2 jam 14 minit bagi setiap hari.
‘‘Sementara itu, masyarakat juga menanggung beban kerana
keperluan penjagaan di hospital dan rumah, ubatan, keselamatan sosial dan
sistem keadilan awam lain,’’ jelasnya.
Beliau memberitahu, selain daripada pemberian ubatan bagi
merawat pesakit, mereka juga perlu menjalani beberapa program bagi membantu
pesakit mencapai kefungsiannya atau kembali normal.
‘‘Inilah yang menyebabkan kos untuk merawat penyakit skizofrenia ini merupakan yang termahal. Di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 1999, sebanyak AS$32.5 bilion (RM100.75 bilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit ini. Ini adalah kos yang terpaksa digunakan kerana kelewatan pesakit mendapat rawatan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University
College of Physicians & Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun
tiada rawatan yang boleh mengubati skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan
tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan ubat antipsikotik.
Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah
diperkenalkan sejak tahun 1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi
rawatan. Kejayaan banyak terbukti. Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih
suntikan yang bertindak jangka panjang berbanding dengan rawatan oral. Namun
begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan kerana ia berasaskan minyak dan
sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan.
Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal
yang pertama terdapat dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan
menggunakan antipsikotik ini, pesakit tidak perlu memikirkan untuk mengambil
pil harian.
‘‘Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa
dijalankan bagi meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan.
Sehubungan itu, baru-baru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan
pilihan diperkenalkan.
‘‘Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme
perlepasan berlanjutan bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang
skizofrenia. Invega dengan dosnya sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran
paliperidone (bahan aktif) menerusi teknologi perlepasan unik OROS terbukti
akan profil keberkesanan, keselamatan dan ketahanan.
‘‘Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai
pesakit, Invega mampu mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali
pertama, meningkatkan kefungsian pesakit berdasarkan Performance and Social
Performance Scale,’’’ jelasnya.
Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di
mana kajian klinikal secara statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan
dengan penggunaan plasebo atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar
yang dicadangkan, kesan sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan
plasebo.
‘‘Dengan teknologi inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada
ramai penghidap skizofrenia menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan
rawatan untuk menikmati kehidupan lebih bermakna dan produktif.
‘‘Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia dan
merupakan rawatan bagi skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran berterusan,
OROS. Teknologi OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten dalam tempoh 24
jam dengan mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada kepekatan plasma
ubatan,’’ katanya.
Tambahnya, kelulusan penggunaan Invega adalah berdasarkan
keputusan program pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit dalam tiga
kajian utama yang dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di
seluruh dunia termasuk Malaysia.
Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat rawatan adalah
dengan Positive and Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala yang biasa
digunakan dalam penyelidikan skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif
atau negatif.
‘‘Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan
sampingan adalah lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo
dibandingkan dengan Invega.
‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya.
‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya.
Comments
Post a Comment