Ceritera Pejuang BM Putarjaya



Kediaman Mutiara Serdang.

      Alkisah disebuah perkampungan pejuang-pejuang dari golongan asnaf (yang layak menerima zakat) yang terletak di kawasan bekas lombong, hiduplah mereka dengan aman damai dan gembira. Mana tidaknya, sewa teratak yang murah, lambakan warung-warung dan kemudahan perkhidmatan yang tersedia sekali seperti tempat bersujud, tempat beriadah, taman astakona yang serba indah, tempat mencuci pakaian, dewan orang ramai, takungan air untuk bermandi-manda dan banyak lagi.

Maka sudah menjadi kepercayaan penganut pejuang-pejuang ini untuk melantik pimpinan hokage dan anak buah untuk menjaga kebajikan mereka. Lalu pimpinan atasan telah memberi amanat kepada sesetengah pelajar yang diyakini boleh berdikari untuk mengadakan perhimpunan, yang mana tujuannya adalah untuk melantik pimpinan hokage-hokage bayangan bagi sekumpulan pejuang-pejuang ini.


Ninja-ninja penjaga kediaman Mutiara.


Syukur ke hadrat Ilahi, majlis pemilihan pimpinan hokage-hokage berjalan dengan lancar walaupun tidak semua pejuang hadir pada perhimpunan petang itu. Barangkali ada yang terlelap selepas penat bergotong-royong membersihkan kediaman mereka (seperti tuan hamba).

Sebanyak 20 orang hokage telah dipilih bagi mewakili dan menjaga kebajikan sekumpulan pejuang-pejuang ini. Baik lelaki mahupun wanita, mereka dipilih mengikut tugas-tugas yang spesifik mengikut anggapan pengundi-pengundi mereka. Mereka ini bukan sahaja pejuang yang berjuang melalui mata pena dan kertas, malah turut berjuang di lapangan dengan mengerahkan tenaga melakukan khidmat masyarakat kepada rakyat tanah air yang mereka cintai ini.

Tambahan pula, hokage-hokage ini dibantu oleh ninja-ninja yang dipilih bagi menjaga soal kebajikan berkenaan kediaman Mutiara Serdang ini. Lalu bagaimana ninja-ninja ini dipilih ?

Wajah-wajah ninja Mutiara generasi awal.

Mudah, ninja-ninja ini dipilih oleh Dewan Perkampungan Mutiara. Nama-nama calon ninja yang layak dirisik oleh pegawai ini dengan bantuan hokage, rakyat biasa dan apa sahajalah cara yang dirasakan betul bagi pegawai-pegawai tersebut.

Adakah kesemua pejuang ini berasal-usul dari tanah air yang sama?

              Tidak, hal ini kerana tanah air mereka merupakan sebuah negara maritim yang terdiri daripada 2 buah tanah besar dan beberapa puluh pulau-pulau kecil yang lain. Dua buah tanah besar ini terbahagi kepada semenanjung dan borneo. Malah, negara ini telah lama menjadi sebuah kuasa maritim yang disegani kawan dan lawan.

Comments

Popular Posts