Sang pelangi dan muslimah

Setelah usai sampai di stesen KTM Serdang, otak ku lantas mancatur pencaturan langkah. Mahu makan atau balik terus ?

Hati menyatakan hasrat kepingin ayam goreng bagi mengatasi jumlah kalori yang telah dibakar habis-habisan semenjak 2 hari berkampung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi bagi menjalani kursus sukarelawan Sukan SEA kali ke-29 yang akan bertempat di Malaysia pada bulan kemerdekaan kelak.

     kekeringan & kebuntuan idea mungkin, lalu pantas jasad ini meninjau-ninjau di gigi jalan, mengharapkan adalah kedai-kedai makan yang akan mencerahkan keinginan makan ini.

Namun tak ku sangka, pandangan majazi ini tertancap pada sekeping pelangi yang berwarna-warni di langit senja berwarna kuning-kuningan.

Bak judul lagu Sudirman, Pelangi Senja.

Indah nian kemunculannya di hamparan langit urban, tapi sayang keindahan & kehadirannya seolah-olah tidak diamati & dikagumi para penghuni kota yang lain. Mungkin keasyikan tarikan gajet lebih menangkap perhatian mereka golongan urban alaf ke-21 ini.

Usai ku tangkap memoir indah itu dengan telefon yang agak pintar kepunyaan ku, Oppo F1f. Ku seluk poket seluar sukan ku, mengeluarkan sekeping pencungkil gigi lama dan mulai meletakkannya di bibir mungilku, menggumam dan menghisap kayu nipis itu bagaikan menggumam lolipop. Kelihatan ganas & gangster (samseng) disitu. haha

Pandangan kamera telefonku sebenarya terganggu dengan kehadiran 2 jasad muslimah bertudung labuh yang termasuk sekali dalam sudut rakam kamera telefonku, namun ku biarkan sahaja kelibat mereka.

Tidak ku ambil gambar mereka sekali, menghormati privasi manusia berakal lagi bermaruah.

Ku duduk sebentar di tembok gigi jalan, lalu aku disapa oleh muslimat bertudung labuh yang menerjah ruang penglihatan ku sebentar tadi. Bertanyakan ku bagaimana hendak balik, ku katakan belum ada lagi, mungkin uber. (Aplikasi perkhidmatan servis penghantaran)

Lalu diajak sekali balik, kuturuti ajakan tersebut dengan penuh tanda soal, hati tergamam namun kaki hanya mengikuti langkah sosok dua muslimat tersebut sehinggalah ke sebuah kereta Perodua Myvi biru pekat yang dipandu oleh seorang tua dalam lingkungan 40 hingga 50-an, bersongkok dan berkemeja lengan pendek. Kemas dan agak ranggi bagi umurnya. Mungkin sosok pakcik itu ayahanda kepada salah seorang daripada muslimat tersebut.

Akhirnya kami pulang ke asrama yang pihak IPB kampus Putrajaya sewa sebagai penginapan asrama kami iaitu Mutiara Residence di serdang dengan khidmat Uber.

Sebagai menghargai jasa mereka, pantas ku keluarkan dompet dan bertanyakan harga perjalanan walaupun dalam hati resah kerna ketiadaan wang not yang lebih kecil. 

Alhamdulilah, ternyata ketika itu perkhidmatan Uber ada memberi promosi diskaun, perjalanan dari stesen KTM serdang ke Mutiara Residence hanya bernilai Rm1 sahaja. (Waktu promosi) huhu.. jimat duit abam!

Dan itulah ceritanya, pertemuan dengan ciptaan/makhluk Allah yang memberikan bibit bibit indah kepada makhlukNya yang lain.

Sang pelangi & duo muslimah . 

Pelangi senja

Comments

Popular Posts