Adakah 2015 Tahun Kesedihan Umat Islam ?

Tahun ini ialah tahun kesedihan buat umat Islam kerana tahun inilah  (tahun hijriah) merupakan tahun yang paling ramai sekali para alim ulama pergi meninggalkan dunia ini kembali kepada Allah swt buat selama-lamanya..

bermula dengan;

1)Syeikh Ramadhan Al-Buty, Ulama Besar Dunia

2)Tuan Guru Ustad Harun Taib, Ketua Ulama PAS

3)Syeikh Habib Munzir Al-Musawa

4)Syeikh Muhammad Al-Ansori (Syura Dakwah Madinah)

5)Syeikhul Hadith Maulana  Abdul Qader (Amer dakwah bumi Hijaz)

6)Syeikhul Hadith Maulana Zubair ul Hasan (Syura Dakwah Dunia)

7)Syeikhul Hadith Kiyai Uzaion Thaifur Abdillah (Ulama Besar Indonesia)

8)Tuan Guru Pak Su Mid Gunong, Tuan Guru yang sangat alim di Kelantan

9)Tuan Guru Hasan Syazili bin Kiyai Haji Suhod Sabak Bernam

10)Syeikhul Hadith Hazrat Maulana Jamshed Ali

11)Tuan Guru Abdullah bin Idris (Ulama tersohor selatan Thai)

12)Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (mantan Menteri Besar Kelantan)

Seorang demi seorang ulama telah pergi tinggalkan kita. Kehilangan mereka amat dirasai oleh insan2 yang menghargai mereka.

Berkurangnya ulama bererti berkurangnya orang soleh di bumi ini...

Bumi sepi dari kekasih Allah, orang yang mewarisi ilmu kenabian dan penyambung risalah nabi saw semakin berkurang. Hal ini kerana cara Allah mengangkat ilmu dari dunia ini ialah dengan mematikan alim ulama ..

Maka, umat manusia hari ini kita lihat hidup dalam keadaan jauh dari agama dan teraba-raba dalam kegelapan dunia yang menipu lagi melalaikan ..

Lahirnya ahli2 dunia yang sewenang-wenangnya menafsirkan ayat2 Allah dan hadis2 nabi saw mengikut nafsu dan keinginan mereka.

Lahirnya orang2 yang jahil mendabik dada sebagai ulama, memahami agama mengikut akal dan nafsu mereka semata-mata. Sehinggakan kita lihat wujud golongan yang mengkritik dan memandang rendah ulama zaman silam..

Perpecahan berlaku disana-sini , kaburnya visi kehidupan berkasih sayang sesama umat . . .

Dunia seolah telah hampir sampai ke penghujungnya. Islam diibaratkan seperti sebuah bangunan dan para alim ulama diumpamakan seperti batu-bata yang digunakan untuk membentuk bangunan tersebut.

Akhir2 ini kita lihat seorang demi seorang ulama meninggal dunia, umpama banguna ISLAM sedang retak dan retak menanti belah. Seakan-akan memberi petanda bahawadunia kita ini sedang menghampiri penghujungnya..

Sayugianya, tidak akan ada lagi yang mampu menggantikan tempat ulama2 empat mazhab ini dan inilah buktinya keretakan2 yang tak mampu ditampal mahupu diganti sehingga hari kiamat .

Akhir kalam, semoga Allah memelihara iman kita dan istiqomahkan kita di atas jalan2 kenabian ini. Tidak lupa juga agar Allah mematikan kita di jalanNya lalu membangkitkan kita bersama-sama kekasih kita, nabi Muhammad saw dan para sahabat baginda.

Comments

Popular Posts