Skip to main content

Mitos Palsu Tentang Skizofrenia

I
Hetanews.com - Ada banyak informasi keliru tentang penyakit skizofrenia. Sebahagian besarnya disebabkan stigma yang wujud dalam masyarakat atau informasi keliru yang disebarkan oleh filem dan tv. Jom kita fahamkan apa saja fakta di sebalik mitos skizofrenia ini. 

Mitos: Orang dengan skizofrenia memiliki dua personaliti.
Ini adalah salah faham yang paling sering terjadi tentang skizofrenia. Dalam sebuah tinjauan di AS, 64 peratus responden mengira skizofrenia merupakan kepelbagaian personaliti seperti dua orang yang berbeza.
Sebenarnya orang dengan skizofrenia (ODS) tidak memiliki kepelbagaian personaliti, namun mereka mengalami kesukaran memahami realiti dan kerap berhalusinasi. Skizofrenia dengan kepelbagaian personaliti adalah dua keadaan yang berbeza dan tidak berkaitan.


Mitos: ODS berbahaya dan suka melakukan kekerasan
Di dalam filem atau rancangan TV, siapakah yang kerap menjadi pembunuh berbahaya? Biasanya insan tersebut adalah ODS. Padahal di dunia sebenar tidak sedemikian. 
Meski ODS sering tidak mudah diramal tindakannya, sebahagian besarnya tidak berbahaya. Terutama jika ia menjalani terapi pemulihan dengan baik. Apabila ODS melakukan kekerasan, biasanya hal itu juga dipengaruhi faktor-faktor lain seperti trauma semasa kecil atau penggunaan dadah.


Mitos: Skizofrenia disebabkan oleh pola asuhan yang salah
Skizofrenia adalah penyakit gangguan jiwa. Penyebabnya beragam, termasuk faktor genetik, trauma, atau penyalahgunaan dadah.


Mitos: Jika orang tua menghidap ODS, anaknya juga rentan.
Genetik memang mempengaruh terhadap skizofrenia, tetapi tidak bermaksud yang orang tua yang ODS anaknya juga ditakdirkan mengalaminya. Jika salah satu orangtua ODS, risiko seorang anak menderita skizofrenia sekitar 10 persen. Tapi jika ada lebih dari satu orang anggota keluarga ODS, risikonya juga meningkat.


Mitos: ODS kebiasaanya bodoh
Memang ODS kerap mengalami gangguan dalam daya kefokusan, pembelajaran dan daya ingatan. Tetapi ini bukanlah bermaksud yang mereka tidak pintar. Banyak orang kreatif dan cerdas yang ternyata adalah ODS dan salah satunya ialah peraih Anugerah Nobel Matematik, John Nash yang kisahnya mengharungi penyakit skizofrenia sudah difilemkan berjudul 'A beautiful mind'. 

Mitos: ODS seharusnya dirawat di rumah sakit jiwa
Kita kerap melihat dan terbayangkan yang orang dengan gangguan jiwa di rawat di rumah sakit jiwa, di penjara atau bahkan di pasung bertahun-tahun. Tetapi pemahaman yang semakin baik mengenai penyakit ini membuatkan banyak ODS yang hidup aktif dan normal seperti orang normal dan sihat. Sokongan keluarga dan komuniti setemmpat agar ODS menjalani pemulihan dan hidup aktif di masyarakat sangatlah penting.

Mitos: Skizofrenia tidak boleh disembuhkan
Penyakit ini memang sukar dirawat tetapi bukannya tidak mustahil. Dengan rawatan yang tepat dan kaunseling, sekitar 25 peratus ODS mendapatkan pemulihan penuh. Manakala, sebanyak 50 peratus ODS mengalami penambahbaikan gejala. Hingga saat ini sudah banyak ODS yang hidup aktif dan produktif ^^

Sumber : Hetanews
p/s : Sekadar nota bagi tuan blog.

Comments

Popular Posts