Tips mengelakkan lelaki mengambil kesempatan terhadap kaum Hawa

Membaca kisah pelajar wanita UITM (Universiti Teknologi MARA) yang berusia 19 tahun dikelar lehernya oleh lelaki agak menyedihkan. Takziah diucapkan kepada keluarga al-marhumah.

Pelbagai versi cerita dapat dibaca.

Ada yang menyatakan teman lelakinya, ada yang menyatakan dia diculik dan diganggu sejak 3 tahun lepas dan pelbagai lagi.

Apapun, sangkaan baik kita adalah pelajar wanita tersebut dianiaya oleh lelaki yang dikuasai syaitan.

p/s : Berharap suspek (lelaki tersebut) dijatuhkan hukuman yang setimpal.



Bagi wanita diluar sana, ambillah pengajaran agar :

#Tidak Perlu Berteman Lelaki sebelum nikah

- Bertemanlah hanya dengan suami atau adik - beradik terdekat sahaja.


#Jangan Mudah Jatuh Hati

- Terutamanya dengan ayat2 pujian lelaki asing

- keluar berduaan dengan lelaki asing adalah dilarang sama sekali sekalipun boyfie kita

- jangan bagi ruang dan peluang lelaki menyangka kalian sedang menerimanya. Kelak nanti mungkin dia kan gila bayang dan mengekori kalian diman-mana.

- Gunakan kuasa jeritan sekuat mungkin (jangan malu) untuk meminta tolong jika diugut keluar berduaan khusunya dengan senjata tajam seperti pisau.

- Jangan buka pintu bila dipanggil lelaki asing secara berseorangan ataupun dalam suasana yang dikhuatiri tidak selamat

- Banyakkan sedikit 'sangka buruk' apabila berurusan dengan lelaki sebagai perlindungan diri dari terleka & lalai

- Jangan fikir 'tak kan lah dia nak buat camtuh..' apabila bersama lelaki, kerana ia mungkin meleset sama sekali.

Akhir kalam, nasihat ini umum buat semua jenis lelaki termasuk yang tua, muda, pak lebai, imam masjid, ustad, bakal ustad, ustad tak bertauliah, tok guru, bomoh ustad, polis dan lain-lain.

Adakalanya lelai ini berniat baik, namun suasana yang terlalu kondusif untuk melakukan kejahatan memanggil-manggilnya untuk mengambil kesempatan.

Nasihat ini mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kisah pelajar malang terbabit namun sekadar menasihati agar wanita MENUTUP RUANG MUSIBAH dianiaya lelaki berlaku, sekian.

Comments

Popular Posts