7 sunnah hebat nabi SAW

Assalamualaikum wbt .

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekalian. Marilah kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini .

1)Tahajud

Kerana kemuliaan seeorang muslim itu terletak pada tahajudnya. Pasti doanya mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2)membaca Al-Quran sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebeum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidakjika sesibuk manapun kita, bacalah 3 qul ataupun ayat kursi.

3)Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh

Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan rumah Allah.

4)Jaga solat dhuha

Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

5)Jaga sedeqah setiap hari

Allah menyukai orang yang suka bersedeqah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedeqah setiap hari. Percayalah, sedeqah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6)Jaga wudhu terus-menerus

Kerana Allah menyayangi hambanya yang berwudhu. Kata Khalifah Ali binAbi Thalib, "orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan 2 doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah"

7)Amalkan istighfar setiap saat

Dengan beristigfhar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

p/s : Silalah sebarkan ilmu ini dan anda tidak kerugian walau sedikitpun, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua,Biiznillah!


Comments

Popular Posts