Jemputan & hadiah ? adakah perlu menolak

Hadis:

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga"

                                                                                                                       Riwayat hadis Al-Bukhari


Huraian.

1) Dalam kehidupan bermasayrakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang boleh mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.

2)Rasulullah S.A.W. contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya mahupun yang sebagainya.

3) Orang yang memilih-milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sikap orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang dalam Islam.

Comments

Popular Posts